Jumaat, 4 Julai 2014

SURAT UNTUK SAHABAT


Buatmu Jalanku...
    Ini adalah senaskah persahabatan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi rasa syukur kepada Rabbul Izzati. Sesungguhnya engkau telah berhasil menghancurkan belenggu kekusutanku dan meraih kemerdekaan. Kau juga adalah pengikat tali cintaku dengan pencipta yang Maha Esa. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Kau bagaikan angin yang menghembus tubuhku, sehingga aku merasai ketenangan dikala aku mempersembahkan sesuatu untuk Al-Aziz.
Teman yang disayangi kerana Rabbul ‘Alamin,
Sebuah pengharapan dari jiwaku agar engkau sentiasa memacukan dirimu menuju lembayung rahmatNya. Biar kegoncangan jiwa melanda disaat perpisahan yang mungkin bakal terjadi, ku harapkan engkau sentiasa mengingatiku di dalam kiriman manis doamu. Ku pinta darimu agar engkau senantiasa menjadikan kalam cinta dari pencipta sebagai peneman hidup seharianmu. Teman yang dirindui keranaNya, walaupun dunia ini seakan terhenti disaat engkau tiada disisi ketika manusia lain menyisihkan dan membiarkan diriku sendiri. Namun aku sedar akan hadirnya Al-Hafiz yang pasti sentiasa berada bersama untuk menemani malam yang sepi. Kerana Dialah, hati kita disatukan disini. Terima kasih teman kerana sentiasa mendengarkan dariku. Jangan lepaskan gengaman ini untuk kita menelusuri jalan RedhaNya...
Pemburu Cinta Ilahi..
       Aiman Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan