Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Dikala malam yang ditemani bintang-bintang yang berkelipan. Dikala malam yang ditemani Bulan purnama yang bercahaya. Jiwa yang terusik dengan ketenangan di masjid Uwais Al-Qarni. Sedang malam yang dipenuhi dengan kebesaran Allah swt. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi yang penuh dengan keindahan. Segala puji bagi Allah yang menyediakan kesempatan untuk bersujud kepadaNya. Maka siapa lagi yang membukakan hati untuk sentiasa memmikirkan kebesaranNya sehingga kita mampu untuk mengenaliNya. Siapa lagi yang membukakan mata kita untuk melihat kebesaranNya sehingga kita tahu untuk berdiri solat dan bersujud kepadaNya. Siapa lagi yang membukakan telinga kita untuk mendengar ayat suci dan kalam cinta dari Tuhan sehingga hati kita tersentuh dengannya. Siapa lagi yang membukakan jalan, menghilangkan kedukaan, memasukkan ketenangan, melahirkan kekesalan, yang sentiasa merindui kita, mendengar rintihan kita, kalau bukan Allah tuhan yang menguasai hati manusia..
Saudara dan saudari pembaca,
Apabila kita berbicara tentang tangisan, pasti ramai yang membayangkan perasaan sedih dan terharu yang lahir ketika mana ujian dan dugaan menerjah kehidupan kita. Hakikatnya setiap tangisan menpunyai perbezaan dari sudut spiritualnya. Cuba tanya pada diri sendiri, apakah kita seorang yang tidak pernah menangis? adakah kita seorang yang cukup kuat untuk menahan tangisan? Apakah kehidupan kita selama ini dipenuhi dengan sukacita sahaja? jawapannya sudah tentu tidak. Bak kata orang, lelaki sejati tidak akan menangis!!.. Tidak!! lalaki sejati pun tetap pernah menangis semasa bayinya.
Walaupun hakikatnya manusia tidak dapat lari daripada menangis. Adakah kehidupan kita hanya perlu diisi dengan tangisan. Apakah waktu-waktu yang berlalu perlu dibiarkan di dalam tangisan sehinggakan kita hidup dalam keadaan yang sedih dan kecewa..
Apa yang dapat dilihat dikalangan manusia, ramai orang yang menangis ketika hartanya musnah, jawatannya hilang, kedudukannya tergugat, kekasihnya meninggalkannya, keluarganya musnah, kesihatannya di ambil, sehingga ada yang sanggup untuk membunuh dirinya secara terang atau secara senyap dengan membiarkan penyakit kemurungan melanda kehidupannya. Nanum tidak ramai yang ingin menangis ketika mana dirinya melakukan kemaksiatan, ketika hawa nafsu menjadi tuhannya, ketika dirinya tidak mampu untuk menyumbangkan sesuatu untuk agama Allah swt. Manusia sering menangis ketika hartanya hilang, namun mereka tidak menangis ketika imannya yang hilang, sedangkan hartanya tidak mampu untuk membayar buat membeli syurga, sedangkan nilai keimanan dan ketaqwaan itulah yang mampu untuk membawa kita untuk menuju syurga Allah.
Duhai saudara dan saudari pembaca, janganlah kita menangisi harta kita yang hilang, kenikmatan yang hilang kerana hakikatnya kehidupan dunia ini hanyalah kehidupan yang sementara dan tidak pernah memberi peluang untuk kita mendapatkan keutungan. Tidak pernah dunia membukakan peluang kepada kita untuk kekal hidup di dalamnya. segala yang kita miliki diatas dunia ini bukanlah milik kita tetapa ia adalah hak dan milik Allah, hatta sehelai rambut yang gugur itu juga adalah hak dan kepunyaan Allah swt, maka adakah manusia masih lagi ingin memiliki hak Allah. Sesunguhnya tidak ada yang mampu untuk melawan kehendakNya, kerana segala kekuasaan berada di dalam gengamanNya yang Maha Esa. Kita sebagai manusia perlu sentusa berpaut padaNya dan mengharapkan kasih dan sayangNya.
Duhai saudara dan saudari pembaca, menangislah ketika diri kalian jauh dari Allah, menangislah kerana dosa-dosa yang kalian lakukan, menangislah kerana kecilnya ingatan kalian terhadap Allah. Menangislah kerana kelalaian kalian dengan kesibukan dunia. carilah kesempatn untuk merenung ke dalam diri, betapa besarnya dosa-dosa yang sering dilakukan, disaat jiwa terasa hambar ketika mengadapNya. kembalilah makrifat kepadanya..
Tuhanku,
Semalam aku menambahkan timbunan dosaku,
Hari ini ia bagaikan gunung tursina,
Namun Engkau masih berikan ku kesempatan,
Engkau berikan aku ingatan yang masih mampu mengingatiMu,
Engkau berikan aku tangan yang masih mampu mengangkat memohon ampun padaMu,
Engkau mengalirkan air mata ku untuk insaf dan merasakan Engkau dekat,
Engkau masih berikan kekuatan tubuhku untuk sujud memohon restuMu,
Engkau yang melembutkan lidahku untuk beristighfar dan berzikir kepadaMu,
Engkau yang masih maletakkan hatiku di dalam agamaMu yang Engkau redhai,
Terima kasih Tuhan ku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan