IMAN dan UKHUWWAH berada pada satu tahap yang sama. Hilang salah satunya
maka akan membawa kepada kesan yang buruk
UKHUWWAH
PENGERTIAN
Ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan
penghormatan yang mendalam terhadap
setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu ditautkan oleh ikatan akidah islam, iman dan taqwa.
Syarat2
-
Niat ukhuwwah kerana Allah.
-
Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
-
Disertai dengan iman dan taqwa.
manfaat
-
Dapat merasai kemanisan iman.
-
Dapan naungan
Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya.
-
Dapat melahirkan peribadi (akhlak) mulia justeru kehidupan yang aman, tenteram dan
harmoni.
-
Memperkukuhkan kekuatan umat sehingga ke arah kejayaan Islam.
INDAHNYA UKHUWWAH
Bersahabatlah
dengan orang yang baik, yang mengajak kita untuk semakin dekat dengan Allah.
Sahabat ibarat cermin keperibadian kita, bagaimana sahabat kita begitulah jua
kita. Apa-apa pun bersahabatlah kerana Allah.
Bersama-samalah
kita berdakwah, kerana berdakwah bukan kerja ustaz tapi, kerja orang2 mukmin.
Ajaklah
keluarga, sahabat dan masyarakat yang kita cintai untuk masuk bersama-sama ke
syurga.
Tak kan nak masuk syurga sorang-sorang!!!
Tak kan nak masuk syurga sorang-sorang!!!
“Tidak
sempurna iman seseorang di antara kamu selagi dia tidak mencintai saudaranya
seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”
[HR Bukhari]
“Sesungguhnya
syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada
kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka
berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa barsama-sama Jemaah dan orang
ramai.”
[HR Ahmad]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan