Khamis, 17 Julai 2014

PUISI ISLAMIK


Cahaya Islam Bahagia Dan Membahagiakan…
Ya Allah,
Ketika pertama kali aku mengenal erti tawakal,
Ketika pertama kali aku merasai cinta kepada-Mu,
Aku mendapat bahagia yang tidak mampu ku serlahkan dengan kata-kata,
Aku cuba mempertahankan pokok cinta itu,
Aku cuba menyuburkan dengan menyirami dan membajai seluruh tanaman itu,
Agar ia tidak hilang dari jiwa yang merindukan ketenangan,
Namun,
Aku tidak sedar,
Aku telah merosakkan tanaman itu,
Sehingga tanaman itu tidak mampu tegak dengan sendirinya,
Disaat itu,
Aku merasakan kekosongan jiwa,
Terhimpit dada dengan batu kekesalan,
Bagaikan seluruh jiwa rasa melayang,
Dunia ku seakan terhenti,
Sesak nafas menghitung hari,
Di lorong-lorong sepi dan nanar,
Teraba di dalam kegelapan,
Mata ku semakin berpinar mencari-Mu
Payah dan tersasar,
Sejenak hati bergetar,
Sesaat luka pun parah,
Terlalu jauh tersasat lara,

Ya Aziz,
Sudah bertahun aku mencari cahaya-Mu,
Sudah bertahun aku mengikat tali cinta ku tanpa makna,
Sudah bertahun aku bersembunyi,
Di dalam persembunyian ku yang ditemani keangkuhan dunia,
Sudah bertahun malam ku berlalu tanpa cahaya,
Yang menyuluhi segenap langkah ku,

Kini,
Langkah ku aturkan lagi,
Membina kekuatan diri,
Mencari cahaya suci,
Keredhaan hakiki,
Dalam diri dan akal ku hari ini,
Aku temui-Mu
Terlalu dekat dengan ku,
Meniti pancaran nurani
Indah,
Menuju taman-taman Firdausi,
Di sisi-Mu tuhan ku,
Maha Pencipta Rabbul Izzati…

Jumaat, 4 Julai 2014

UKHUWWAH FILLAH


IMAN dan UKHUWWAH berada pada satu tahap yang sama. Hilang salah satunya maka akan membawa kepada kesan yang buruk

UKHUWWAH
PENGERTIAN
Ikatan jiwa yang melahirkan perasaan kasih sayang, cinta, dan penghormatan yang mendalam terhadap setiap orang, di mana keterpautan jiwa itu ditautkan oleh ikatan akidah islam, iman dan taqwa.

Syarat2
-          Niat ukhuwwah kerana Allah.
-          Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
-          Disertai dengan iman dan taqwa.

manfaat
-          Dapat merasai kemanisan iman.
-          Dapan naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya.
-          Dapat melahirkan peribadi (akhlak) mulia justeru kehidupan yang aman, tenteram dan harmoni.
-          Memperkukuhkan kekuatan umat sehingga ke arah kejayaan Islam.

INDAHNYA UKHUWWAH
Bersahabatlah dengan orang yang baik, yang mengajak kita untuk semakin dekat dengan Allah. Sahabat ibarat cermin keperibadian kita, bagaimana sahabat kita begitulah jua kita. Apa-apa pun bersahabatlah kerana Allah.
Bersama-samalah kita berdakwah, kerana berdakwah bukan kerja ustaz tapi, kerja orang2 mukmin.
Ajaklah keluarga, sahabat dan masyarakat yang kita cintai untuk masuk bersama-sama ke syurga.
Tak kan nak masuk syurga sorang-sorang!!!

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”
[HR Bukhari]


“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa barsama-sama Jemaah dan orang ramai.”
[HR Ahmad]






SURAT UNTUK SAHABAT


Buatmu Jalanku...
    Ini adalah senaskah persahabatan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi rasa syukur kepada Rabbul Izzati. Sesungguhnya engkau telah berhasil menghancurkan belenggu kekusutanku dan meraih kemerdekaan. Kau juga adalah pengikat tali cintaku dengan pencipta yang Maha Esa. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Kau bagaikan angin yang menghembus tubuhku, sehingga aku merasai ketenangan dikala aku mempersembahkan sesuatu untuk Al-Aziz.
Teman yang disayangi kerana Rabbul ‘Alamin,
Sebuah pengharapan dari jiwaku agar engkau sentiasa memacukan dirimu menuju lembayung rahmatNya. Biar kegoncangan jiwa melanda disaat perpisahan yang mungkin bakal terjadi, ku harapkan engkau sentiasa mengingatiku di dalam kiriman manis doamu. Ku pinta darimu agar engkau senantiasa menjadikan kalam cinta dari pencipta sebagai peneman hidup seharianmu. Teman yang dirindui keranaNya, walaupun dunia ini seakan terhenti disaat engkau tiada disisi ketika manusia lain menyisihkan dan membiarkan diriku sendiri. Namun aku sedar akan hadirnya Al-Hafiz yang pasti sentiasa berada bersama untuk menemani malam yang sepi. Kerana Dialah, hati kita disatukan disini. Terima kasih teman kerana sentiasa mendengarkan dariku. Jangan lepaskan gengaman ini untuk kita menelusuri jalan RedhaNya...
Pemburu Cinta Ilahi..
       Aiman Ahmad