KEPENTINGAN JEMAAH DAN SAHABAT
Seseorang
mukmin dengan mukmin yang lain adalah bersaudara. Kepentingan bagi seseorang
mukmin itu adalah bersama Jemaah. Sangat penting bagi seorang mukmin itu untuk
hidup berjemaah, kerana orang islam itu bagaikan sebuah bangunan, mereka saling
memperkukuhkan antara satu sama lain. Bersendirian adalah perkara yang paling
digeruni oleh seorang mukmin.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“sesungguhnya
syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada
kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan
hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan Jemaah dan orang ramai.”
Antara
kesan jika kita berada dalam keadaan sendirian tanpa Jemaah, kita akan jadi
lalai, masa yang ada berlalu tanpa aktiviti yang berfaedah. Kita menjadi lalai
kerana tiada orang yang mahu memperingatkan kita kepada Allah. Pada saat itu
mulalah hati dan pemikiran kita melayang dengan angan-angan yang panjang yang
boleh merosakkan hati kita. Selain pada itu, saat kita sendirian, kita tiada
pengawasan daripada ikhwan/akhwat. Bilamana kita tidak mendapat pengawasan
daripada sahabat, mulalah kita mahu mencari sesuatu yang dapat memenuhi naluri
kita yang kosong pada saat itu. Kalau perkara yang baik tidaklah menjadi
masalah tetapi yang menjadi masalahnya, perkara yang tidak baik juga yang
menjadi pilihan. Pada saat itu pemikiran kita mudah dikuasai hawa nafsu, ruang
hati kita terbuka luas untuk dikuasai syaitan. Pada masa kita sendirianlah saat
paling lemah buat kita kerana tiada dokongan daripada sahabat-sahabat.
Jika
kita terpaksa bersendirian, maka langkah yang harus kita laksanakan adalah
dengan mengisi masa dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah.
Jangan sama sekali masa kita dibiarkan kosong tanpa ada aktiviti yang
bermanfaat. Dengan kecangihan teknologi zaman sekarang ini, jika perlu dan
boleh, sentiasalah berhubung dengan ikhwah/akhwat. Jadikan teknologi sebagai
jalan perkongsian ilmu dan selalulah bertanya khabar dengan sahabat-sahabat.
Dapatkan pandangan dan nasihat daripada sahabat kita untuk memberikan kita
kekuatan dalaman yang dapat mengekalkan kita pada jalan tarbiyyah. Nama pun
sahabat, perlulah selalu beri sesuatu momentum yang mengerakkan ke arah
positif. Kalau sahabat selalu nak menjatuhkan itu bukan namanya sahabat. Dan
yang paling penting bagi kita saat sendirian, segala yang kita lakukan pastikan
ia dilakukan kerana Allah dan sedarlah bahawa Allah sedang mengawasi setiap
gerak-geri kita.
Bersama
Jemaah akan menjadikan kita mampu berdiri teguh, namun dimanakah tempat kita
berdiri teguh itu? Oleh itu kalau mahu bersama Jemaah, carilah Jemaah yang
membawa kita men dekatkan diri kita kepada Allah. Jangan pula nanti pilih
Jemaah ajaran sesat, nanti bukannya ke syurga dibawanya kita tapi ke Jahanam
pula yang kita masuki. Begitulah juga dalam pemilihan seseorang itu untuk
dijadikan sebagai sahabat kita. Kita perlu ingat, sekuat mana pun kita, sahabat
akan menjadi cermin peribadi kita kerana walaupun tidak banyak, sedikit pun
akan menpengaruhi kehidupan kita. Banyak hadis Nabi yang menegaskan untuk kita
memilih sahabat yang mampu membawa kita ke syurga.
“Tidak ada kebaikan dari banyak
perbicaraan rahsia mereka, kecuali perbicaraan rahsia dari orang yang menyuruh
untuk bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara
manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka
kelak kami akan memberinya pahala yang besar”
[An-Nisa’
: 4 : 114]
Sesuatu
Jemaah atau seseorang sahabat yang kita pilih perlulah memberikan kita manfaat
dunia dan yang utamanya akhirat. Seseorang yang kita pilih untuk dijadikan
sahabat perlulah seseorang yang selalu membangkitkan semanagt kita untuk
istiqamah berada di jalan yang Allah redhai, disamping mampu menjadikankita
sebagai insan yang cemerlang, gemilang, terbilang, tak larat nak bilang.
Sahabat
ini merupakan cermin keperibadian kita, bagaimana sahabat kita, begitulah jua
kita. Sahabat yang mulia akan selalu memperingatkan kita kepada Allah, selalu
menjadi pendorong impian, seorang penasihat yang baik dan tempat berkongsi
masalah dan persoalan.
Ada
orang cakap, kita perlu bersahabat dengan semua orang. Kalau kita tidak
berkawan dengan mereka-mereka yang jahat, mana mungkin orang jahat boleh jadi
baik. Ada pula statement yang mengatakan bahawa kita boleh bergaul tetapi
jangan bercampur. Sebagai orang yang bercakap dan menulis dibawah pengaruh
emosi, ana agak kurang bersekutu dengan statement ini kerana bila sudah bergaul
pasti akan bercampur. Sedikit-sedikit peribadi kita pasti akan terkesan dengan
apa yang kita dengar dan apa yang kita lihat. Besi yang keras kalau dipanaskan
pasti akan cair juga. Bau-bauan pasti akan terlekat pada baju kita. Begitulah
fitrah kita sebagai manusia. Lainlah kalau kita ini memang sudah terpelihara
hatinya sepertimana Nabi Muhammad SAW yang Allah pelihara daripada sifat buruk
walaupun hidup dalam masyarakat yang teruk pada saat itu.
Apa-apa pun, hiduplah bersama Jemaah yang membuatkan kita ingat pada Allah dan yang menjadikan
kita orang yang hampir kepada Allah SWT insyaAllah. Jazakumullah.
Pemburu Cinta Ilahi
~Share
Your LOVE~