Alhamdulillah, pagi ini ana ada di selayang untuk berpraktikal selama lebih kurang 3 bulan dan masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan keterujaan dalam menjalani kehidupan dari sehari ke hari-hari yang berikutnya sehinggalah mata ini tidak lagi mampu untuk melihat cahaya yang bersinar sepertimana pada pagi ini. Puji-pujian hanyalah diserahkan sebulat-bulatnya kepada Allah yang memberi ruangan waktu dalam kehidupan ini sehingga bibir mampu mengucapkan istghfar.
Apabila kita berada dijalan yang disebut sebagai jalan dakwah, banyak sangat ujian dan dugaan yang pasti kita tempuhi. selagi mana kalian berada dijalan ini, jika kalian masih tidak disentuh dengan ujian dakwah, kalian tidak akan merasakan kemanisan dalam dakwah. kalaupun kalian merasakan ujian dalam dakwah tetapi, kalian gagal dalam ujian itu pasti sakit yang kalian rasakan.
Pengalaman ana yang ingin ana kongsikan di sini ialah sewaktu ana aktif dengan persatuan islamik masa dulu. Nak diceritakan, waktu sekolah dulu ana jadi pengerusi persatuan pendidikan islam, ana sertai MTQ daerah. Kalau aktiviti agama yang dibuat dekat sekolah, ana la yang disuruh ustaz untuk jadi ketua. masa tu ana baru setahun jagung dalam dunia tarbiyyah. Iman pun masih belum mantap lagi.
Bila ana selalu mengetuai aktiviti agama, macam-macam pandangan orang sekeliling tentang ana. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Antaranya, ana pernah dicaci kawan sendiri, dikutuk orang depan khalayak, dilabel sebagai RIAK dan MUNAFIK, tak terlepas juga dari kena pulau. Pernah ana satu ketika, ana cuba menegur seseorang dan orang itu berkata pada ana "Aku tak mau dengar ceramah hang, diam".
Terkadang, bila ujian itu datang, ana rasa down. Bila perasaan itu datang, pastinya membuatkan ana jauh dari jalan dakwah/tarbiyyah in. Perkara itu pernah terjadi pada ana. Sebab tu murabbi sangat penting untuk berikan mad'u motivasi.
SHARE YOUR LOVE
Pemburu Cinta Ilahi
Rabu, 10 Disember 2014
Selasa, 4 November 2014
AdUhAi TeMaN
Aduih, malam ini ana punya la nak
fikirkan apa yang ana nak tulis. Cari punya cari tapi, masih tak dapat idea
yang memberangsangkan untuk dinukilkan dalam bolg ini. Apa-apa pun ana mesti
kongsikan sesuatu untuk sahabat-sahabat ana yang ana cintai kerana Allah. Walaupun
yang membacanya hanya beberapa orang. Yang pastinya dakwah itu perlu
berterusan, jangan pernah nak berhenti untuk menyebarkan kebaikan.
Lepas maghrib tadi ana ada dengar
kuliah berkenaan dengan tarbiyyah, memang best apabia ustaz itu mengaitkan
kehidupan kita dengan tarbiyyah. Apa tu TARBIYYAH? Maksud tarbiyyah itu adalah
didikan. Di mana didikan itu mampu mengubah peribadi kita untuk menjadi lebih
baik. Tanpa tarbiyyah mungkin kita akan menjadi orang yang buruk perangainya.
Dalam keadaan kita tidak sedar,
kadang-kadang Allah kurniakan disekeliling kita orang yang baik-baik kerana
Allah nak didik kita supaya menjadi orang yang baik. Namun kebanyakan kita
Allah sudah berikan yang baik tetapi disebabkan keangkuhan kita, kita memilih
yang tidak baik. Oleh itu jangan berasa pelik bila mana orang yang berhijrah
menjadi baik, dari orang yang tidak solat, dari orang yang suka bercouple, dari
orang yang tidak menjaga ikhtilat, dari orang yang tidak pernah baca al-Quran,
dari orang yang memakai baju dan seluar yang ketat-ketat dan tidak menjaga
aurat, dari orang yang selalu mengejar populariti, kepada yang lebih baik.
Namun apabila masa berlalu, disebabkan kelalaian sendiri, sifat-sifat buruk
tadi kembali memasuki peribadi kita.
Duhai
teman sebantal dan setiduran,
Teman
yang selalu menbicarakan persoalan tuhan,
Masihkan
kamu ingat,
Ketika
kamu dalam lubang yang digali dirimu sendiri,
Lalu
Ia memberi tanganNya untuk mengangkat kamu,
Saat
kamu keluar dari lubang yang kamu gali itu,
Kamu
menari-nari kegirangan tanda bersyukur padaNya,
Kerana
Dia sudi menghulurkan jari-jemariNya untuk mengangkat kamu,
Lalu
Dia lantas memanyungi kamu dengan cintaNya,
Namun
kamu bosan sekarang,
Kamu kembali mengali lubang untuk kamu masuk kembali,
Malangnya
kamu tidak sedar akan perkara itu,
Adakah
kamu mahu terjun semula ke lubang seperti dahulu,?
Duhai
teman sedinding ku,
Hentikanlah
perbuatan kamu ini,
Aku
cakap hentikannya,
Bukakanlah
mata hati kamu untuk melihat kembali jalan bahagia,
Jangan
kamu terpengaruh dengan ungkapan mereka..
Pemburu
Cinta Ilahi
~Kongsikan
CINTA kamu~
SAHABAT DAN JEMAAH
KEPENTINGAN JEMAAH DAN SAHABAT
Seseorang
mukmin dengan mukmin yang lain adalah bersaudara. Kepentingan bagi seseorang
mukmin itu adalah bersama Jemaah. Sangat penting bagi seorang mukmin itu untuk
hidup berjemaah, kerana orang islam itu bagaikan sebuah bangunan, mereka saling
memperkukuhkan antara satu sama lain. Bersendirian adalah perkara yang paling
digeruni oleh seorang mukmin.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“sesungguhnya
syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada
kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan
hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan Jemaah dan orang ramai.”
Antara
kesan jika kita berada dalam keadaan sendirian tanpa Jemaah, kita akan jadi
lalai, masa yang ada berlalu tanpa aktiviti yang berfaedah. Kita menjadi lalai
kerana tiada orang yang mahu memperingatkan kita kepada Allah. Pada saat itu
mulalah hati dan pemikiran kita melayang dengan angan-angan yang panjang yang
boleh merosakkan hati kita. Selain pada itu, saat kita sendirian, kita tiada
pengawasan daripada ikhwan/akhwat. Bilamana kita tidak mendapat pengawasan
daripada sahabat, mulalah kita mahu mencari sesuatu yang dapat memenuhi naluri
kita yang kosong pada saat itu. Kalau perkara yang baik tidaklah menjadi
masalah tetapi yang menjadi masalahnya, perkara yang tidak baik juga yang
menjadi pilihan. Pada saat itu pemikiran kita mudah dikuasai hawa nafsu, ruang
hati kita terbuka luas untuk dikuasai syaitan. Pada masa kita sendirianlah saat
paling lemah buat kita kerana tiada dokongan daripada sahabat-sahabat.
Jika
kita terpaksa bersendirian, maka langkah yang harus kita laksanakan adalah
dengan mengisi masa dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah.
Jangan sama sekali masa kita dibiarkan kosong tanpa ada aktiviti yang
bermanfaat. Dengan kecangihan teknologi zaman sekarang ini, jika perlu dan
boleh, sentiasalah berhubung dengan ikhwah/akhwat. Jadikan teknologi sebagai
jalan perkongsian ilmu dan selalulah bertanya khabar dengan sahabat-sahabat.
Dapatkan pandangan dan nasihat daripada sahabat kita untuk memberikan kita
kekuatan dalaman yang dapat mengekalkan kita pada jalan tarbiyyah. Nama pun
sahabat, perlulah selalu beri sesuatu momentum yang mengerakkan ke arah
positif. Kalau sahabat selalu nak menjatuhkan itu bukan namanya sahabat. Dan
yang paling penting bagi kita saat sendirian, segala yang kita lakukan pastikan
ia dilakukan kerana Allah dan sedarlah bahawa Allah sedang mengawasi setiap
gerak-geri kita.
Bersama
Jemaah akan menjadikan kita mampu berdiri teguh, namun dimanakah tempat kita
berdiri teguh itu? Oleh itu kalau mahu bersama Jemaah, carilah Jemaah yang
membawa kita men dekatkan diri kita kepada Allah. Jangan pula nanti pilih
Jemaah ajaran sesat, nanti bukannya ke syurga dibawanya kita tapi ke Jahanam
pula yang kita masuki. Begitulah juga dalam pemilihan seseorang itu untuk
dijadikan sebagai sahabat kita. Kita perlu ingat, sekuat mana pun kita, sahabat
akan menjadi cermin peribadi kita kerana walaupun tidak banyak, sedikit pun
akan menpengaruhi kehidupan kita. Banyak hadis Nabi yang menegaskan untuk kita
memilih sahabat yang mampu membawa kita ke syurga.
“Tidak ada kebaikan dari banyak
perbicaraan rahsia mereka, kecuali perbicaraan rahsia dari orang yang menyuruh
untuk bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara
manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka
kelak kami akan memberinya pahala yang besar”
[An-Nisa’
: 4 : 114]
Sesuatu
Jemaah atau seseorang sahabat yang kita pilih perlulah memberikan kita manfaat
dunia dan yang utamanya akhirat. Seseorang yang kita pilih untuk dijadikan
sahabat perlulah seseorang yang selalu membangkitkan semanagt kita untuk
istiqamah berada di jalan yang Allah redhai, disamping mampu menjadikankita
sebagai insan yang cemerlang, gemilang, terbilang, tak larat nak bilang.
Sahabat
ini merupakan cermin keperibadian kita, bagaimana sahabat kita, begitulah jua
kita. Sahabat yang mulia akan selalu memperingatkan kita kepada Allah, selalu
menjadi pendorong impian, seorang penasihat yang baik dan tempat berkongsi
masalah dan persoalan.
Ada
orang cakap, kita perlu bersahabat dengan semua orang. Kalau kita tidak
berkawan dengan mereka-mereka yang jahat, mana mungkin orang jahat boleh jadi
baik. Ada pula statement yang mengatakan bahawa kita boleh bergaul tetapi
jangan bercampur. Sebagai orang yang bercakap dan menulis dibawah pengaruh
emosi, ana agak kurang bersekutu dengan statement ini kerana bila sudah bergaul
pasti akan bercampur. Sedikit-sedikit peribadi kita pasti akan terkesan dengan
apa yang kita dengar dan apa yang kita lihat. Besi yang keras kalau dipanaskan
pasti akan cair juga. Bau-bauan pasti akan terlekat pada baju kita. Begitulah
fitrah kita sebagai manusia. Lainlah kalau kita ini memang sudah terpelihara
hatinya sepertimana Nabi Muhammad SAW yang Allah pelihara daripada sifat buruk
walaupun hidup dalam masyarakat yang teruk pada saat itu.
Apa-apa pun, hiduplah bersama Jemaah yang membuatkan kita ingat pada Allah dan yang menjadikan
kita orang yang hampir kepada Allah SWT insyaAllah. Jazakumullah.
Pemburu Cinta Ilahi
~Share
Your LOVE~
Nukilan Pemisah
Assalamuaialkum
sahabat2 ana semua.. Harap semua sahabat2 ana sihat sejahtera di bawah lembayung
rahmat Allah yang begitu luas. Kepada semua
Rakan Uwais yang ana cintai kerana Allah, antaranya Najmi, Amirul, Toiyyib, Saifuddin, Syazrul, Lokman, Hazlin, Faris,
Madzuan, Akram dan sahabat2 yang lain antaranya Salam, Muaz serta semua yang terlibat dengan Rakan Uwais, ana doakan enta semua sentiasa berada di dalam
ketaatan kepada Allah swt. Moga2 kita dicintai-Nya dan mencintai-Nya. Isilah
masa yang diberikan oleh Allah pada saat ini dengan wasilah2 yang mendekatkan
diri kita kepada Allah. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita daripada
kemurkaanNya. Tiada daya upaya bagi kita untuk berlaku taat atau berlaku curang
kecuali jika ditetapkan Allah. Oleh itu, kita perlu selalu memohon agar Allah
jadikan kita orang yang sentiasa mentaatiNya.
Sahabat2
yang ana kasihi kerana Allah, bila mana kita berpisah pasti kita akan merasakan
kesunyian. Tambahan pula bila tidak ada orang yang nak jadi penasihat kita yang
baik, yang nak beri dorongan buat kita, yang nak ingatkan kita kepada Allah.
Namun jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita melangkah ke jalan
Allah. Carilah sahabat2 di sekeliling kita yang baik2 agar kita sentiasa di dalam
ketaatan kepadaNya, kerana Rasulullah pernah bersabda mafhum hadis menceritakan
kambing biri-biri yang bersendiri mudah disambar serigala berbanding biri-biri
yang bersama kumpulan. Ini menunjukkan bahawa keadaan dimana saat kita
bersendirian, ketika tiada orang yang nak memperingatkan kita kepada Allah,
saat ini kita mudah terjerumus dengan kelalaian, kemaksiatan dan kemungkaran
sebab apabila seseorang mukmin itu bersendirian dia akan jadi tidak kuat,
seperti mana sabda Nabi Muhammad saw, mukmin itu bagaikan sebuah bangunan,
mereka saling menguatkan antara satu sama lain.
Kadang2
bila kita berpisah, kerinduan akan bertapak dalam jiwa kita, pada saat itu air
mata kita akan mengalir sebab rindukan pertemuan dengan sahabat2 yang kita
sayang dan cintai. Namun yang lebih memaniskan dalam persahabatan itu bila kita
bersahabat kerana Allah. Kita akan dapat merasakan ukhuwah itu bagaikan seutas
tali yang diperbuat daripada logam yang keras kerana sukarnya nak dilepaskan.
Mahu tidaknya, kerana apabila kita bersahabat kerana Allah, kita akan saling
memperingatkan antara satu sama lain tentang Allah. Apabila manusia saling
memperingatkan tentang Allah, maka Dia akan memasukkan RahmatNya dalam
perhubungan itu. Bila mana Allah merahmati perhubungan tersebut maka lahirlah
perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Siapakah yang memasukkan perasaan
kasih sayang ini? Siapa lagi kalau bukan Allah yang memasukkannya.
Kepada
sahabat ana Najmi, ana harap enta
ukirkan nama Allah dalam hati enta agar ia tidak hilang. Agungkan cinta kepada
Allah, lupakan segala kesedihan kerana hidup kita bukan untuk bersedih.Kepada
sahabat ana Amirul, teruskan dengan
kelebihan yang diberikanNya kepada enta, jadiah imam yang mampu membawa makmun
menghayati kemanisan dalam beragama. Kepada sahabat ana Toiyyib, maafkan ana kalau ana eja nama enta salah, ana bagi enta
surah ali-Imran ayat 133-134, enta baca lah ye.. haha.. Jangan marah.. Ana
sayang enta. Buat sahabat ana Saifuddin,
jadilah pemimpin yang sentiasa mentaati Allah, bawalah kerja dakwah ini
kemana-mana sahaja. Buat sahabat ana Syazrul
yang aktif dengan buku jalanan, jangan buat orang pening. Haha.. teruskan
dengan soalan enta yang luar biasa tu. Tapi bagi jawapannya sekali. Buat
sahabat ana Lokman, jangan lupa azan
dekat uwais, panggil orang solat sama-sama. Nanti kita masuk nasyid sama-sama
ye.. Kepada sahabat dan adik yang ana sayang Hazlin, jangan banyak suka sangat, belajar lilit serban bagi
cantik. Jadilah pembela agama Allah, jangan berhenti bila ada yang menjadi
penghalang. Buat sahabat ana Faris ana
ante yang omey, bila dah pegang jawatan yang tinggi dalam organisasi yang
penting, jadilah orang yang melakukan transformasi menuju kebaikan. Betulkanlah
dekat mana yang tak betul. Teruskan
dengan EAC. Buat sahabat ana Madzuan,
usahalah atas iman untuk mewujudkan islam komuniti dekat sabah. Buatlah apa-apa
pun asalkan kerana Allah dan bukan sesuatu yang Allah murkai. Kerana ia Adalah
ibadah. Kepada Akram sahabat ana, enta
ni sangat proaktif, anta banyak pengalaman, teruskanlah dengan segala yang enta
sertai tapi, jangan lupa untuk muhasabah diri. Untuk Salam sahabat ana, ana harap enta jaga agama enta, kadang-kadang
enta buatkan ana bimbang, enta carilah sahabat yang baik-baik yang dapat
buatkan enta ingat pada Allah. Jangan terlalu ikut orang, tp ikutlah Rasulullah
SAW. Buat sahabat ana Muaz, enta
jangan lupa ingat ana dalam doa enta.
Kepada
semua sahabat-sahabat ana yang ana cintai kerana Allah, yang selalu ingatkan
ana kepada Allah, terima kasih kerana bersahabat dengan ana. Ana harap agar
kita dapat bertemu di syurga Allah nanti. Jangan lupa untuk membawa misi
menyebarkan rahmat, iaitu Islam pure bukan islam melayu. Teruslah bergerak di
jalan ini….
Pemburu
Cinta Ilahi
~MOVE WITH IMAN~
Langgan:
Catatan (Atom)