Sabtu, 11 Februari 2017

BAYI TABUNG UJI DAN IBU TUMPANG

1.0               PENGENALAN
2.0               IBU TUMPANG
2.1               SEBAB-SEBAB PENYEWAAN RAHIM
2.2               TERDAPAT DUA JENIS UTAMA DALAM KAEDAH IBU TUMPANG
2.3               HUKUM SYARAK TERHADAP IBU TUMPANG
2.3.1          ANTARA ULAMA YANG BERPENDAPAT   HARAM MENGGUNAKAN IBU   TUMPANG
2.4               BENTUK-BENTUK IBU TUMPANG DILAKUKAN
2.5               KESAN NEGATIF MEMBENARKAN PENGGUNAAN IBU TUMPANG DI DALAM ISLAM.
3.0               BAYI TABUNG UJI
3.1               KAEDAH PENGAMBILAN SPERMA
3.2                HUKUM BAYI TABUNG UJI
3.3                BANK MANI/SPERMA
4.0               PENUTUP
5.0               RUJUKAN


 1.0  PENGENALAN
Zuriat ialah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Ada orang sudah ditentukan tidak mendapat anak dalam sesebuah perkahwinan. Ketentuan itu mempunyai hikmah dan sebab-sebab tertentu dan tersirat yang hanya diketahui sang pencipta iaitu Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, di dalam agama Islam menggalakkan manusia untuk berusaha bersungguh-sungguh dan berikhtiar bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Namun bergitu penyelesaian yang bakal dilakukan haruslah menepati spesifikasi syarat-syarat wajib yang ditetapkan oleh syariat Islam. Nasab keturunan dalam syariat Islam bukan suatu anugerah yang boleh dikongsi-bahagi sesuka hati. Sebaliknya, nasab keturunan tidak boleh disusun atur oleh manusia kerana ia adalah hak Allah S.W.T secara mutlak.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada satu saripati (berasal) dari tanah. Kemudiannya Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh (Rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

 2.0  IBU TUMPANG
Penyewaan Rahim atau ibu tumpang merupakan istilah baru dalam peradaban dunia moden. Permasalahan ini mengancam naluri keibuan wanita dengan mengekplotasi mereka melalui manifestasi membantu pasangan mandul atau sukar mendapatkan zuriat setelah melangsungkan perkahwinan. Penemuan teknologi perubatan ini turut memberi cabaran dan menyentuh sensitivity kemuliaan dan kehormatan manusia.
Menggunakan Rahim wanita untuk mengandungkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma) yang kebiasaan suami isteri dan janin itu dikandung oleh wanita tersebut sehingga dilahirkan. Kemudian anak tersebut diserahkan kembali kepada pasangan suami isteri itu untuk dipelihara dan anak tersebut dikira anak mereka dari sudut undang-undang.
Kaedah ini dikenali dengan sewa Rahim kerana lazimnya pasangan suami isteri yang ingin memiliki anak ini akan membayar sejumlah wang kepada ibu tumpang atau syarikat yang menguruskan kerja mencari ibu tumpang yang sanggup mengandungkan percantuman benih mereka dan dengan syarat ibu tumpang tersebut akan menyerahkan anak  tersebut setelah dilahirkan atau pada masa yang dijanjikan. Penyewaan Rahim dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘surrogate mother’.

 2.1  SEBAB-SEBAB PENYEWAAN RAHIM
Penyewaan Rahim berlaku di atas beberapa sebab:
       I.            Keadaan seeeorang wanita yang mempunyai Rahim yang lemah dan tidak berupaya menyempurnakan kandungan dan bakal memudaratkan si isteri.
    II.            Wanita yang meghidap penyakit yang menyebabkan kematian janin sebelum sempurna kandungannya, atau pernah menjalani pembedahan yang kerap sehingga berisiko kehilangan nyawa sekiranya mengandungkan anak.
 III.            Kehidupan yang mewah sehingga tidak sanggup menanggung baban kesakitan mengandung, malahirkan anak dan berpantang. Demikian juga dengan wanita yang enggan hamil kerana ingin mengekalkan kecantikan diri yang mungkin terjejas selepas melahirkan anak.

2.2   TERDAPAT DUA JENIS UTAMA DALAM KAEDAH IBU TUMPANG:
       I.            Ibu yang meminjamkan rahimnya akan menyediakan telur. Dalam keadaan ini, sperma lelaki (suami) akan dipindahkan ke dalam Rahim penderma Rahim melalui kaedah permanian beradas. Dalam kes sebegini, pasangan wanita (isteri) tidak mempunyai hubungan genetik langsung dangan anak yang dilahirkan.
    II.            Keadaan yang sering dilakukan adalah kedua-dua pasangan manyumbangkan gamet (telur dan sperma). Dalam kes ini, kaedah IVG atau GIFT digunakan kemudian gamet atau embrio dipindahkan ke ibu tumpang.

2.3  HUKUM SYARAK TERHADAP IBU TUMPANG
Islam mengharamkan penyewaan Rahim atas beberapa perkara:
       I.            Tidak mempunyai sesuatu ikatan perkahwinan atau hubungan yang sah  disisi Islam diantara empunya sperma dengan ibu tumpang.
    II.            Untuk mendapatkan zuriat yang halal disisi syariat Islam, hendaklah ada ikatan perkahwinan yang sempurna meliputi segenap rukun dan syarat yang sah di antara lelaki dan perempuan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! Kami talah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan”                                      
 [Ar-Rad, 13:38]
Firman Allah lagi yang bermaksud;
“Dan Allah menjadikan pasangan-pasangan (isteri) bagimu dari golongan sejenis denganmu dan dijadikan daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kapada kamu rezeki yang baik-baik lagi halal. Maka patutkah mereka (yang ingkar) itu percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah”
[An-Nahl, 16:72]
Dalam ayat di atas Alah S.W.T telah menegaskan bahawa sesebuah ikatan perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan zuriat (keturunan) dan ianya juga merupakan suatu nikmat dan anugerah kurniaan Nya yang wajib kita sebagai hambaNya mensyukuri, Nilai syukur pula dapat dilihat dan diterbitkan daripada kepatuhan dan ketaatan terhadap perintahNya. Oleh itu anak yang terhasil tanpa ikatan perkahwinan adalah bercangah dengan syariat Islam dan haram.
Para Ulama’ bersepakat tentang pengharaman ibu tumpang dalam keadaan berikut:
       I.            Menggunakan rahim wanita lain selain isteri.
    II.            Percampuran banih antara suami dan wanita lain.
 III.            Percampuran benih isteri dengan lelaki lain.
 IV.            Memasukkan benih yang disenyawakan selepas kematian suami isteri, malainkan satu bentuk penyewaan Rahim yang ulama’ berselisih pandapat tentang pengharusannya yang akan dibincangkan nanti.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 talah membincangkan hokum menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang (surrogate motherhood) untuk mendapatkan zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah ibu tumpang adalah diharamkan oleh islam walaupun sperma atau ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia kana menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang bakal dilahirkan.

2.3.1  ANTARA ULAMA YANG BERPENDAPAT HARAM MENGGUNAKAN IBU   TUMPANG:
       I.            Sheikh Mahmud Shaltut :
 (Dirasat Fiqhiyyah Mu’asirah, Kaherah Universiti Al-Azhar) Persenyawaan  benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syarak adalah jenayah mungkar dan berdosa basar seumpama zina pada sudut prinsip dan kesannya yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat mendapatkan anak sedangkan antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan perkahwinan.
    II.            Syeikh Prof. Dr. Mohammad Ra’afat Othman:
Perbuatan meletakkan sperma di dalam Rahim perempuan yang tiada ikatan parkahwinan bukan zina, tetapi sinonim dengan zina. Walaupun benih yang dimasukkan ke dalam Rahim seseorang perempuan itu kepunyaan pasangan suami isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam Rahim perempuan yang bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan setiap perkara yang bleh mambawa kepada kekecohan dan perselisihan antara manusia.
 III.            Syeikh DR. Yusuf Al-Qardawi:
Beliau mengulas pandangan mengenai masalah ibu tumpang yang kian menular di barat dengan memberi kritikan yang bentuk sinis. Beliau menyatakan apakah dengan tidak berpantang, mengidam serta melalui perit getir melahirkan, dia (wanita) layak digelar sebagai ibu. Cukuplah hanya mempertaruhkan sel telur yang ditumpangkan sebagai sewaan. Walaupun sel telur itu penting untuk menghasilkan genetik tetapi ia tidak cukup menghasilkan nilai keibuan. Beliau mengatakan nama ibu itu diambil daripada perkataan arab walidah yang bererti Perempuan yang melahirkan. Manakala Anak adalah Awlad yang bererti dilahirkan. Ini bertepatan dengan:

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandung dalam keadaan lemah bertambah lemah (dari awal mangandung hingga akhir menyusunya), dan menyusu dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tuamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

 2.4   BENTUK-BENTUK IBU TUMPANG DILAKUKAN.
       I.            BENTUK PERTAMA: 
Benih isteri disenyawakan dengan benih suami, kemudian dimasukkan ke dalam Rahim wanita lain. Kaedah ini digunakan dalam keadaan isteri memiliki benih yang baik, tetapi rahimnya dibuang kerana pembedahan, kecacatan yang teruk, akibat penyakit yang kronik atau sebab-sebab lain.

    II.            BENTUK KEDUA:
Sama dengan bentuk yang pertama, kecuali benih yang telah disenyawakan dibekukan dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang selepas kematian pasangan suami isteri itu.
 III.            BENTUK KETIGA:
Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki lain (bukan suaminya) dan dimasukkan ke dalam Rahim wanita lain. Keadaan ini apabila suami mandul dam isteri ada halangan atau kacacatan pada rahimnya tetapi benih isteri dalam keadaan baik.
 IV.            BENTUK KEEMPAT:
 Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita lain, kemudian dimasukkan ke dalam Rahim wanita lain. Keadaan ini berlaku apabila isteri ditimpa penyakit pada ovary dan rahimnya tidak mampu memikul tugas kehamilan, atau isteri telah mencapai tahap putus haid (menopause).
    V.            BENTUK KELIMA:
 Sperma suami dan ovum isteri disenyawakan, kemudian dimasukkan ke dalam Rahim isteri yang lain dari suami yang sama. Dalam keadaan ini isteri yang lain sanggup mengandungkan anak suaminya dari isteri yang tidak boleh hamil.

2.5  KESAN NEGATIF MEMBENARKAN PENGGUNAAN IBU TUMPANG DI DALAM ISLAM.
·         Menjatuhkan maruah dan  kemuliaan seseorang wanita kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai zina sedangkan memelihara syariat adalah tuntutan syarak.
·         Menjadi penyebab kepada perzinaan dan pergaulan bebas secara tidak langsung mengakibatkan runtuhnya akhlak di dalam kalangan masyarakat masa kini.
·         Menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab.

3.0   BAYI TABUNG UJI
Bayi tabung uji ialah bayi yang dilahirkan hasil daripada sperma  lelaki yang disenyawakan di dalam tabung uji  ataupun radas makmal yang kemudiannya benih daripada kedua-dua lelaki dan perempuan itu dimasukkan semula ke dalam Rahim perempuan.
Bahawa ketiadaan kesuburan atau mandul boleh dikira sebagai penyakit dan harus bagi suami atau isteri atau salah seorangnya mengubatinya sekalipun terpaksa didedahkan aurat lelaki atau aurat perempuan tetapi tidak sayugia didedahkan aurat melainkan sekadar yang diperlukan (darurat) sekiranya dilakukan mengikut tertib berikut:-
       I.            Tidak didedahkan aurat lelaki melainkan kepada tabib  lelaki yang muslim, jika tidak ada yang muslim barulah berpindah kepada yang bukan muslim.
    II.            Tidak didedahkan aurat perempuan melainkan kepada tabib perempuan  yang muslimah, jika tidak ada maka tabib perempuan yang bukan muslimah, jika tidak ada maka tabib lelaki yang muslim, jika tidak ada maka tabib lelaki yang bukan muslim yang dipercayai dengan kehadiran suaminya jika ia perempuan atau seorang perempuan lain.

3.1   KAEDAH PENGAMBILAN SPERMA
         I.            Cas elektrik dikenakan kepada zakar untuk memaksa pancutan air  mani (electro-ejaculation).
      II.             Melalui onani- mengeluarkan air  mani dengan tangan (masturbation).

3.2   HUKUM BAYI TABUNG UJI
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan bayi tabung uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
         I.            Bayi Tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adala sah disisi islam. Sebaliknya  benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung itu tidak sah.
      II.            Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.
   III.             Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

3.3   BANK MANI/SPERMA
   Diharamkan kerana :
         I.            Menjadi penyebab kepada perzinaan secara tidak langsung.
      II.             Pencampuran keturunan yang berlawanan dengan tujuan nikah yang disyariatkan bagi menentukan nasab atau keturunan yang menjadi asas kepada penyusunan masyarakat yang kukuh dan bermaruah.


 4.0  PENUTUP
Berdasarkan pencarian bahan-bahan dan perbincangan yang telah dilaksanakan sebelum ini dan dibincangkan dalam kerja kursus ini dapat disimpulkan bahawa Allah S.W.T tidak melarang kita untuk mengaplikasikan pelbagai teknologi yang ada pada era moden ini, tetapi ianya perlulah berbalik kepada dasar-dasar dan lunas syariat. Ada pun untuk menetapkan sesuatu hukum itu perlulah berbalik kepada khawaid fiqhiyyah (kaedah fekah). Dalam beberapa keadaan, Islam mengharuskan dalam perlaksanaan sesuatu perkara asalkan ianya menepati syariat agar sesuatu perkara yang dilakukan itu tidak menimbulkan mudarat pada diri kita daa orang lain. Bagi pasangan yang menginginkan anak, perlulah diingatkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Allah S.W.T menetapkan sesuatu itu adalah untuk kebaikan kita bersama.
Pengajaran Daripada Ayat Al-Quran:
“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
                                                                                         (Ar-Ra’ad: 8)
 “Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan, dari air mani, apabila dipancarkan.”
                                                                                    (An-Najm: 45-46)
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
                                                                                           (Ali Imran: 6)
“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu ( berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah? Yang telah menciptakan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.”
                                                              (Al-Infithar: 6-8)
5.0  RUJUKAN

 

Amirullah, P.D. (1981). Tafsir Al-Azhar. Surabaya: Yayasan Latimojong.
Mukmir, A. J. (2001). Keajaiban Organ Tubuh Manusia Menurut Perspektif Islam Dan Sains. Kuala Lumpur: Al-Hidayah.





KUMPULAN QASIDAH DI PULAU PINANG

Mungkin ada yang tercari-cari untuk jemput kumpulan qasidah yang boleh hadir untuk majlis kenduri, majlis maulud, majlis keagamaan dan sebagainya di sekitar pulau pinang.


Di sekitar Pulau Pinang sebenarnya banyak kumpulan qasidah yang telah wujud namun, untuk mencari yang betul-betul mahir memang agak sukar. Bagi setiap penganjur, pastinya mereka ingin melihat persembahan yang begitu memukau untuk majlis yang mereka adakan. Pastinya penganjur akan tercari-cari mana satu kumpulan yang sesuai untuk majlis yang dianjurkan.

Di samping persembahan yang memukau, aspek bayaran juga menjadi permasalahan untuk menjemput kumpulan qasidah. Ada di antara kumpulan-kumpulan qasidah yang begitu “demand” dari sudut bayaran.

Sepanjang menganjurkan program qasidah, saya begitu kenal dengan prestasi dan kebolehan kumpulan qasidah yang pernah saya jemput sebelum ini.

Bagi sesiapa yang mencari kumpulan qasidah di sekitar Pulau Pinang. Ada banyak pilihan untuk anda memilih kumpulan penghibur yang sesuai. Antara kumpulan yang ada di sekitar Pulau Pinang , antaranya, kumpulan Qasidah al-yamani dari kampung pelet/ kumpulan qasidah al-Qarni dari SMADMW1 kelapa Batas/ kumpulan Qasidah Ar-Rayyan/ Kumpulan Qasidah an-nahwand dan sebagainya.


Bagi sesiapa yang mencari kumpulan qasidah untuk jemputan majlis, bolehlah hubungi :018-4605347 (aiman ahmad ; whatsapp) saya sendiri akan bantu anda untuk berhubung dengan mana-mana kumpulan qasidah yang sesuai untuk majlis anda.

~pemburu cinta ilahi~
Share Your Love

Rabu, 10 Disember 2014

UJIAN DALAM BERDAKWAH

Alhamdulillah, pagi ini ana ada di selayang untuk berpraktikal selama lebih kurang 3 bulan dan masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan keterujaan dalam menjalani kehidupan dari sehari ke hari-hari yang berikutnya sehinggalah mata ini tidak lagi mampu untuk melihat cahaya yang bersinar sepertimana pada pagi ini. Puji-pujian hanyalah diserahkan sebulat-bulatnya kepada Allah yang memberi ruangan waktu dalam kehidupan ini sehingga bibir mampu mengucapkan istghfar.

Apabila kita berada dijalan yang disebut sebagai jalan dakwah, banyak sangat ujian dan dugaan yang pasti kita tempuhi. selagi mana kalian berada dijalan ini, jika kalian masih tidak disentuh dengan ujian dakwah, kalian tidak akan merasakan kemanisan dalam dakwah. kalaupun kalian merasakan ujian dalam dakwah tetapi, kalian gagal dalam ujian itu pasti sakit yang kalian rasakan.

Pengalaman ana yang ingin ana kongsikan di sini ialah sewaktu ana aktif dengan persatuan islamik masa dulu. Nak diceritakan, waktu sekolah dulu ana jadi pengerusi persatuan pendidikan islam, ana sertai MTQ daerah. Kalau aktiviti agama yang dibuat dekat sekolah, ana la yang disuruh ustaz untuk jadi ketua. masa tu ana baru setahun jagung dalam dunia tarbiyyah. Iman pun masih belum mantap lagi.

Bila ana selalu mengetuai aktiviti agama, macam-macam pandangan orang sekeliling tentang ana. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Antaranya, ana pernah dicaci kawan sendiri, dikutuk orang depan khalayak, dilabel sebagai RIAK dan MUNAFIK, tak terlepas juga dari kena pulau. Pernah ana satu ketika, ana cuba menegur seseorang dan orang itu berkata pada ana "Aku tak mau dengar ceramah hang, diam".

Terkadang, bila ujian itu datang, ana rasa down. Bila perasaan itu datang, pastinya membuatkan ana jauh dari jalan dakwah/tarbiyyah in. Perkara itu pernah terjadi pada ana. Sebab tu murabbi sangat penting untuk berikan mad'u motivasi.

SHARE YOUR LOVE

Pemburu Cinta Ilahi

Selasa, 4 November 2014

AdUhAi TeMaN


Aduih, malam ini ana punya la nak fikirkan apa yang ana nak tulis. Cari punya cari tapi, masih tak dapat idea yang memberangsangkan untuk dinukilkan dalam bolg ini. Apa-apa pun ana mesti kongsikan sesuatu untuk sahabat-sahabat ana yang ana cintai kerana Allah. Walaupun yang membacanya hanya beberapa orang. Yang pastinya dakwah itu perlu berterusan, jangan pernah nak berhenti untuk menyebarkan kebaikan.

Lepas maghrib tadi ana ada dengar kuliah berkenaan dengan tarbiyyah, memang best apabia ustaz itu mengaitkan kehidupan kita dengan tarbiyyah. Apa tu TARBIYYAH? Maksud tarbiyyah itu adalah didikan. Di mana didikan itu mampu mengubah peribadi kita untuk menjadi lebih baik. Tanpa tarbiyyah mungkin kita akan menjadi orang yang buruk perangainya.

Dalam keadaan kita tidak sedar, kadang-kadang Allah kurniakan disekeliling kita orang yang baik-baik kerana Allah nak didik kita supaya menjadi orang yang baik. Namun kebanyakan kita Allah sudah berikan yang baik tetapi disebabkan keangkuhan kita, kita memilih yang tidak baik. Oleh itu jangan berasa pelik bila mana orang yang berhijrah menjadi baik, dari orang yang tidak solat, dari orang yang suka bercouple, dari orang yang tidak menjaga ikhtilat, dari orang yang tidak pernah baca al-Quran, dari orang yang memakai baju dan seluar yang ketat-ketat dan tidak menjaga aurat, dari orang yang selalu mengejar populariti, kepada yang lebih baik. Namun apabila masa berlalu, disebabkan kelalaian sendiri, sifat-sifat buruk tadi kembali memasuki peribadi kita.

Duhai teman sebantal dan setiduran,
Teman yang selalu menbicarakan persoalan tuhan,
Masihkan kamu ingat,
Ketika kamu dalam lubang yang digali dirimu sendiri,
Lalu Ia memberi tanganNya untuk mengangkat kamu,
Saat kamu keluar dari lubang yang kamu gali itu,
Kamu menari-nari kegirangan tanda bersyukur padaNya,
Kerana Dia sudi menghulurkan jari-jemariNya untuk mengangkat kamu,
Lalu Dia lantas memanyungi kamu dengan cintaNya,
Namun kamu bosan sekarang,
Kamu  kembali mengali lubang untuk  kamu masuk kembali,
Malangnya kamu tidak sedar akan perkara itu,
Adakah kamu mahu terjun semula ke lubang seperti dahulu,?
Duhai teman sedinding ku,
Hentikanlah perbuatan kamu ini,
Aku cakap hentikannya,
Bukakanlah mata hati kamu untuk melihat kembali jalan bahagia,
Jangan kamu terpengaruh dengan ungkapan mereka..

Pemburu Cinta Ilahi
~Kongsikan CINTA kamu~

SAHABAT DAN JEMAAH


KEPENTINGAN JEMAAH DAN SAHABAT

Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah bersaudara. Kepentingan bagi seseorang mukmin itu adalah bersama Jemaah. Sangat penting bagi seorang mukmin itu untuk hidup berjemaah, kerana orang islam itu bagaikan sebuah bangunan, mereka saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Bersendirian adalah perkara yang paling digeruni oleh seorang mukmin.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
“sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan Jemaah dan orang ramai.”

Antara kesan jika kita berada dalam keadaan sendirian tanpa Jemaah, kita akan jadi lalai, masa yang ada berlalu tanpa aktiviti yang berfaedah. Kita menjadi lalai kerana tiada orang yang mahu memperingatkan kita kepada Allah. Pada saat itu mulalah hati dan pemikiran kita melayang dengan angan-angan yang panjang yang boleh merosakkan hati kita. Selain pada itu, saat kita sendirian, kita tiada pengawasan daripada ikhwan/akhwat. Bilamana kita tidak mendapat pengawasan daripada sahabat, mulalah kita mahu mencari sesuatu yang dapat memenuhi naluri kita yang kosong pada saat itu. Kalau perkara yang baik tidaklah menjadi masalah tetapi yang menjadi masalahnya, perkara yang tidak baik juga yang menjadi pilihan. Pada saat itu pemikiran kita mudah dikuasai hawa nafsu, ruang hati kita terbuka luas untuk dikuasai syaitan. Pada masa kita sendirianlah saat paling lemah buat kita kerana tiada dokongan daripada sahabat-sahabat.

Jika kita terpaksa bersendirian, maka langkah yang harus kita laksanakan adalah dengan mengisi masa dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Jangan sama sekali masa kita dibiarkan kosong tanpa ada aktiviti yang bermanfaat. Dengan kecangihan teknologi zaman sekarang ini, jika perlu dan boleh, sentiasalah berhubung dengan ikhwah/akhwat. Jadikan teknologi sebagai jalan perkongsian ilmu dan selalulah bertanya khabar dengan sahabat-sahabat. Dapatkan pandangan dan nasihat daripada sahabat kita untuk memberikan kita kekuatan dalaman yang dapat mengekalkan kita pada jalan tarbiyyah. Nama pun sahabat, perlulah selalu beri sesuatu momentum yang mengerakkan ke arah positif. Kalau sahabat selalu nak menjatuhkan itu bukan namanya sahabat. Dan yang paling penting bagi kita saat sendirian, segala yang kita lakukan pastikan ia dilakukan kerana Allah dan sedarlah bahawa Allah sedang mengawasi setiap gerak-geri kita.

Bersama Jemaah akan menjadikan kita mampu berdiri teguh, namun dimanakah tempat kita berdiri teguh itu? Oleh itu kalau mahu bersama Jemaah, carilah Jemaah yang membawa kita men dekatkan diri kita kepada Allah. Jangan pula nanti pilih Jemaah ajaran sesat, nanti bukannya ke syurga dibawanya kita tapi ke Jahanam pula yang kita masuki. Begitulah juga dalam pemilihan seseorang itu untuk dijadikan sebagai sahabat kita. Kita perlu ingat, sekuat mana pun kita, sahabat akan menjadi cermin peribadi kita kerana walaupun tidak banyak, sedikit pun akan menpengaruhi kehidupan kita. Banyak hadis Nabi yang menegaskan untuk kita memilih sahabat yang mampu membawa kita ke syurga.

“Tidak ada kebaikan dari banyak perbicaraan rahsia mereka, kecuali perbicaraan rahsia dari orang yang menyuruh untuk bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberinya pahala yang besar”
[An-Nisa’ : 4 : 114]

Sesuatu Jemaah atau seseorang sahabat yang kita pilih perlulah memberikan kita manfaat dunia dan yang utamanya akhirat. Seseorang yang kita pilih untuk dijadikan sahabat perlulah seseorang yang selalu membangkitkan semanagt kita untuk istiqamah berada di jalan yang Allah redhai, disamping mampu menjadikankita sebagai insan yang cemerlang, gemilang, terbilang, tak larat nak bilang.
Sahabat ini merupakan cermin keperibadian kita, bagaimana sahabat kita, begitulah jua kita. Sahabat yang mulia akan selalu memperingatkan kita kepada Allah, selalu menjadi pendorong impian, seorang penasihat yang baik dan tempat berkongsi masalah dan persoalan.

Ada orang cakap, kita perlu bersahabat dengan semua orang. Kalau kita tidak berkawan dengan mereka-mereka yang jahat, mana mungkin orang jahat boleh jadi baik. Ada pula statement yang mengatakan bahawa kita boleh bergaul tetapi jangan bercampur. Sebagai orang yang bercakap dan menulis dibawah pengaruh emosi, ana agak kurang bersekutu dengan statement ini kerana bila sudah bergaul pasti akan bercampur. Sedikit-sedikit peribadi kita pasti akan terkesan dengan apa yang kita dengar dan apa yang kita lihat. Besi yang keras kalau dipanaskan pasti akan cair juga. Bau-bauan pasti akan terlekat pada baju kita. Begitulah fitrah kita sebagai manusia. Lainlah kalau kita ini memang sudah terpelihara hatinya sepertimana Nabi Muhammad SAW yang Allah pelihara daripada sifat buruk walaupun hidup dalam masyarakat yang teruk pada saat itu.

Apa-apa pun, hiduplah bersama Jemaah yang membuatkan kita ingat pada Allah dan yang menjadikan kita orang yang hampir kepada Allah SWT insyaAllah. Jazakumullah.
Pemburu Cinta Ilahi
~Share Your LOVE~

Nukilan Pemisah


Assalamuaialkum sahabat2 ana semua.. Harap semua sahabat2 ana sihat sejahtera di bawah lembayung rahmat Allah yang begitu luas. Kepada semua Rakan Uwais yang ana cintai kerana Allah, antaranya Najmi, Amirul, Toiyyib, Saifuddin, Syazrul, Lokman, Hazlin, Faris, Madzuan, Akram dan sahabat2 yang lain antaranya Salam, Muaz serta semua yang terlibat dengan Rakan Uwais, ana doakan enta semua sentiasa berada di dalam ketaatan kepada Allah swt. Moga2 kita dicintai-Nya dan mencintai-Nya. Isilah masa yang diberikan oleh Allah pada saat ini dengan wasilah2 yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita daripada kemurkaanNya. Tiada daya upaya bagi kita untuk berlaku taat atau berlaku curang kecuali jika ditetapkan Allah. Oleh itu, kita perlu selalu memohon agar Allah jadikan kita orang yang sentiasa mentaatiNya.

Sahabat2 yang ana kasihi kerana Allah, bila mana kita berpisah pasti kita akan merasakan kesunyian. Tambahan pula bila tidak ada orang yang nak jadi penasihat kita yang baik, yang nak beri dorongan buat kita, yang nak ingatkan kita kepada Allah. Namun jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita melangkah ke jalan Allah. Carilah sahabat2 di sekeliling kita yang baik2 agar kita sentiasa di dalam ketaatan kepadaNya, kerana Rasulullah pernah bersabda mafhum hadis menceritakan kambing biri-biri yang bersendiri mudah disambar serigala berbanding biri-biri yang bersama kumpulan. Ini menunjukkan bahawa keadaan dimana saat kita bersendirian, ketika tiada orang yang nak memperingatkan kita kepada Allah, saat ini kita mudah terjerumus dengan kelalaian, kemaksiatan dan kemungkaran sebab apabila seseorang mukmin itu bersendirian dia akan jadi tidak kuat, seperti mana sabda Nabi Muhammad saw, mukmin itu bagaikan sebuah bangunan, mereka saling menguatkan antara satu sama lain.

Kadang2 bila kita berpisah, kerinduan akan bertapak dalam jiwa kita, pada saat itu air mata kita akan mengalir sebab rindukan pertemuan dengan sahabat2 yang kita sayang dan cintai. Namun yang lebih memaniskan dalam persahabatan itu bila kita bersahabat kerana Allah. Kita akan dapat merasakan ukhuwah itu bagaikan seutas tali yang diperbuat daripada logam yang keras kerana sukarnya nak dilepaskan. Mahu tidaknya, kerana apabila kita bersahabat kerana Allah, kita akan saling memperingatkan antara satu sama lain tentang Allah. Apabila manusia saling memperingatkan tentang Allah, maka Dia akan memasukkan RahmatNya dalam perhubungan itu. Bila mana Allah merahmati perhubungan tersebut maka lahirlah perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Siapakah yang memasukkan perasaan kasih sayang ini? Siapa lagi kalau bukan Allah yang memasukkannya.

Kepada sahabat ana Najmi, ana harap enta ukirkan nama Allah dalam hati enta agar ia tidak hilang. Agungkan cinta kepada Allah, lupakan segala kesedihan kerana hidup kita bukan untuk bersedih.Kepada sahabat ana Amirul, teruskan dengan kelebihan yang diberikanNya kepada enta, jadiah imam yang mampu membawa makmun menghayati kemanisan dalam beragama. Kepada sahabat ana Toiyyib, maafkan ana kalau ana eja nama enta salah, ana bagi enta surah ali-Imran ayat 133-134, enta baca lah ye.. haha.. Jangan marah.. Ana sayang enta. Buat sahabat ana Saifuddin, jadilah pemimpin yang sentiasa mentaati Allah, bawalah kerja dakwah ini kemana-mana sahaja. Buat sahabat ana Syazrul yang aktif dengan buku jalanan, jangan buat orang pening. Haha.. teruskan dengan soalan enta yang luar biasa tu. Tapi bagi jawapannya sekali. Buat sahabat ana Lokman, jangan lupa azan dekat uwais, panggil orang solat sama-sama. Nanti kita masuk nasyid sama-sama ye.. Kepada sahabat dan adik yang ana sayang Hazlin, jangan banyak suka sangat, belajar lilit serban bagi cantik. Jadilah pembela agama Allah, jangan berhenti bila ada yang menjadi penghalang. Buat sahabat ana Faris ana ante yang omey, bila dah pegang jawatan yang tinggi dalam organisasi yang penting, jadilah orang yang melakukan transformasi menuju kebaikan. Betulkanlah dekat mana  yang tak betul. Teruskan dengan EAC. Buat sahabat ana Madzuan, usahalah atas iman untuk mewujudkan islam komuniti dekat sabah. Buatlah apa-apa pun asalkan kerana Allah dan bukan sesuatu yang Allah murkai. Kerana ia Adalah ibadah. Kepada Akram sahabat ana, enta ni sangat proaktif, anta banyak pengalaman, teruskanlah dengan segala yang enta sertai tapi, jangan lupa untuk muhasabah diri. Untuk Salam sahabat ana, ana harap enta jaga agama enta, kadang-kadang enta buatkan ana bimbang, enta carilah sahabat yang baik-baik yang dapat buatkan enta ingat pada Allah. Jangan terlalu ikut orang, tp ikutlah Rasulullah SAW. Buat sahabat ana Muaz, enta jangan lupa ingat ana dalam doa enta.

Kepada semua sahabat-sahabat ana yang ana cintai kerana Allah, yang selalu ingatkan ana kepada Allah, terima kasih kerana bersahabat dengan ana. Ana harap agar kita dapat bertemu di syurga Allah nanti. Jangan lupa untuk membawa misi menyebarkan rahmat, iaitu Islam pure bukan islam melayu. Teruslah bergerak di jalan ini….
Pemburu Cinta Ilahi
~MOVE WITH IMAN~