Sabtu, 11 Februari 2017

BAYI TABUNG UJI DAN IBU TUMPANG

1.0               PENGENALAN
2.0               IBU TUMPANG
2.1               SEBAB-SEBAB PENYEWAAN RAHIM
2.2               TERDAPAT DUA JENIS UTAMA DALAM KAEDAH IBU TUMPANG
2.3               HUKUM SYARAK TERHADAP IBU TUMPANG
2.3.1          ANTARA ULAMA YANG BERPENDAPAT   HARAM MENGGUNAKAN IBU   TUMPANG
2.4               BENTUK-BENTUK IBU TUMPANG DILAKUKAN
2.5               KESAN NEGATIF MEMBENARKAN PENGGUNAAN IBU TUMPANG DI DALAM ISLAM.
3.0               BAYI TABUNG UJI
3.1               KAEDAH PENGAMBILAN SPERMA
3.2                HUKUM BAYI TABUNG UJI
3.3                BANK MANI/SPERMA
4.0               PENUTUP
5.0               RUJUKAN


 1.0  PENGENALAN
Zuriat ialah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Ada orang sudah ditentukan tidak mendapat anak dalam sesebuah perkahwinan. Ketentuan itu mempunyai hikmah dan sebab-sebab tertentu dan tersirat yang hanya diketahui sang pencipta iaitu Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, di dalam agama Islam menggalakkan manusia untuk berusaha bersungguh-sungguh dan berikhtiar bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Namun bergitu penyelesaian yang bakal dilakukan haruslah menepati spesifikasi syarat-syarat wajib yang ditetapkan oleh syariat Islam. Nasab keturunan dalam syariat Islam bukan suatu anugerah yang boleh dikongsi-bahagi sesuka hati. Sebaliknya, nasab keturunan tidak boleh disusun atur oleh manusia kerana ia adalah hak Allah S.W.T secara mutlak.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada satu saripati (berasal) dari tanah. Kemudiannya Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh (Rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

 2.0  IBU TUMPANG
Penyewaan Rahim atau ibu tumpang merupakan istilah baru dalam peradaban dunia moden. Permasalahan ini mengancam naluri keibuan wanita dengan mengekplotasi mereka melalui manifestasi membantu pasangan mandul atau sukar mendapatkan zuriat setelah melangsungkan perkahwinan. Penemuan teknologi perubatan ini turut memberi cabaran dan menyentuh sensitivity kemuliaan dan kehormatan manusia.
Menggunakan Rahim wanita untuk mengandungkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma) yang kebiasaan suami isteri dan janin itu dikandung oleh wanita tersebut sehingga dilahirkan. Kemudian anak tersebut diserahkan kembali kepada pasangan suami isteri itu untuk dipelihara dan anak tersebut dikira anak mereka dari sudut undang-undang.
Kaedah ini dikenali dengan sewa Rahim kerana lazimnya pasangan suami isteri yang ingin memiliki anak ini akan membayar sejumlah wang kepada ibu tumpang atau syarikat yang menguruskan kerja mencari ibu tumpang yang sanggup mengandungkan percantuman benih mereka dan dengan syarat ibu tumpang tersebut akan menyerahkan anak  tersebut setelah dilahirkan atau pada masa yang dijanjikan. Penyewaan Rahim dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘surrogate mother’.

 2.1  SEBAB-SEBAB PENYEWAAN RAHIM
Penyewaan Rahim berlaku di atas beberapa sebab:
       I.            Keadaan seeeorang wanita yang mempunyai Rahim yang lemah dan tidak berupaya menyempurnakan kandungan dan bakal memudaratkan si isteri.
    II.            Wanita yang meghidap penyakit yang menyebabkan kematian janin sebelum sempurna kandungannya, atau pernah menjalani pembedahan yang kerap sehingga berisiko kehilangan nyawa sekiranya mengandungkan anak.
 III.            Kehidupan yang mewah sehingga tidak sanggup menanggung baban kesakitan mengandung, malahirkan anak dan berpantang. Demikian juga dengan wanita yang enggan hamil kerana ingin mengekalkan kecantikan diri yang mungkin terjejas selepas melahirkan anak.

2.2   TERDAPAT DUA JENIS UTAMA DALAM KAEDAH IBU TUMPANG:
       I.            Ibu yang meminjamkan rahimnya akan menyediakan telur. Dalam keadaan ini, sperma lelaki (suami) akan dipindahkan ke dalam Rahim penderma Rahim melalui kaedah permanian beradas. Dalam kes sebegini, pasangan wanita (isteri) tidak mempunyai hubungan genetik langsung dangan anak yang dilahirkan.
    II.            Keadaan yang sering dilakukan adalah kedua-dua pasangan manyumbangkan gamet (telur dan sperma). Dalam kes ini, kaedah IVG atau GIFT digunakan kemudian gamet atau embrio dipindahkan ke ibu tumpang.

2.3  HUKUM SYARAK TERHADAP IBU TUMPANG
Islam mengharamkan penyewaan Rahim atas beberapa perkara:
       I.            Tidak mempunyai sesuatu ikatan perkahwinan atau hubungan yang sah  disisi Islam diantara empunya sperma dengan ibu tumpang.
    II.            Untuk mendapatkan zuriat yang halal disisi syariat Islam, hendaklah ada ikatan perkahwinan yang sempurna meliputi segenap rukun dan syarat yang sah di antara lelaki dan perempuan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! Kami talah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan”                                      
 [Ar-Rad, 13:38]
Firman Allah lagi yang bermaksud;
“Dan Allah menjadikan pasangan-pasangan (isteri) bagimu dari golongan sejenis denganmu dan dijadikan daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kapada kamu rezeki yang baik-baik lagi halal. Maka patutkah mereka (yang ingkar) itu percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah”
[An-Nahl, 16:72]
Dalam ayat di atas Alah S.W.T telah menegaskan bahawa sesebuah ikatan perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan zuriat (keturunan) dan ianya juga merupakan suatu nikmat dan anugerah kurniaan Nya yang wajib kita sebagai hambaNya mensyukuri, Nilai syukur pula dapat dilihat dan diterbitkan daripada kepatuhan dan ketaatan terhadap perintahNya. Oleh itu anak yang terhasil tanpa ikatan perkahwinan adalah bercangah dengan syariat Islam dan haram.
Para Ulama’ bersepakat tentang pengharaman ibu tumpang dalam keadaan berikut:
       I.            Menggunakan rahim wanita lain selain isteri.
    II.            Percampuran banih antara suami dan wanita lain.
 III.            Percampuran benih isteri dengan lelaki lain.
 IV.            Memasukkan benih yang disenyawakan selepas kematian suami isteri, malainkan satu bentuk penyewaan Rahim yang ulama’ berselisih pandapat tentang pengharusannya yang akan dibincangkan nanti.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 talah membincangkan hokum menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang (surrogate motherhood) untuk mendapatkan zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah ibu tumpang adalah diharamkan oleh islam walaupun sperma atau ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia kana menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang bakal dilahirkan.

2.3.1  ANTARA ULAMA YANG BERPENDAPAT HARAM MENGGUNAKAN IBU   TUMPANG:
       I.            Sheikh Mahmud Shaltut :
 (Dirasat Fiqhiyyah Mu’asirah, Kaherah Universiti Al-Azhar) Persenyawaan  benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syarak adalah jenayah mungkar dan berdosa basar seumpama zina pada sudut prinsip dan kesannya yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat mendapatkan anak sedangkan antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan perkahwinan.
    II.            Syeikh Prof. Dr. Mohammad Ra’afat Othman:
Perbuatan meletakkan sperma di dalam Rahim perempuan yang tiada ikatan parkahwinan bukan zina, tetapi sinonim dengan zina. Walaupun benih yang dimasukkan ke dalam Rahim seseorang perempuan itu kepunyaan pasangan suami isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam Rahim perempuan yang bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan setiap perkara yang bleh mambawa kepada kekecohan dan perselisihan antara manusia.
 III.            Syeikh DR. Yusuf Al-Qardawi:
Beliau mengulas pandangan mengenai masalah ibu tumpang yang kian menular di barat dengan memberi kritikan yang bentuk sinis. Beliau menyatakan apakah dengan tidak berpantang, mengidam serta melalui perit getir melahirkan, dia (wanita) layak digelar sebagai ibu. Cukuplah hanya mempertaruhkan sel telur yang ditumpangkan sebagai sewaan. Walaupun sel telur itu penting untuk menghasilkan genetik tetapi ia tidak cukup menghasilkan nilai keibuan. Beliau mengatakan nama ibu itu diambil daripada perkataan arab walidah yang bererti Perempuan yang melahirkan. Manakala Anak adalah Awlad yang bererti dilahirkan. Ini bertepatan dengan:

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandung dalam keadaan lemah bertambah lemah (dari awal mangandung hingga akhir menyusunya), dan menyusu dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tuamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

 2.4   BENTUK-BENTUK IBU TUMPANG DILAKUKAN.
       I.            BENTUK PERTAMA: 
Benih isteri disenyawakan dengan benih suami, kemudian dimasukkan ke dalam Rahim wanita lain. Kaedah ini digunakan dalam keadaan isteri memiliki benih yang baik, tetapi rahimnya dibuang kerana pembedahan, kecacatan yang teruk, akibat penyakit yang kronik atau sebab-sebab lain.

    II.            BENTUK KEDUA:
Sama dengan bentuk yang pertama, kecuali benih yang telah disenyawakan dibekukan dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang selepas kematian pasangan suami isteri itu.
 III.            BENTUK KETIGA:
Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki lain (bukan suaminya) dan dimasukkan ke dalam Rahim wanita lain. Keadaan ini apabila suami mandul dam isteri ada halangan atau kacacatan pada rahimnya tetapi benih isteri dalam keadaan baik.
 IV.            BENTUK KEEMPAT:
 Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita lain, kemudian dimasukkan ke dalam Rahim wanita lain. Keadaan ini berlaku apabila isteri ditimpa penyakit pada ovary dan rahimnya tidak mampu memikul tugas kehamilan, atau isteri telah mencapai tahap putus haid (menopause).
    V.            BENTUK KELIMA:
 Sperma suami dan ovum isteri disenyawakan, kemudian dimasukkan ke dalam Rahim isteri yang lain dari suami yang sama. Dalam keadaan ini isteri yang lain sanggup mengandungkan anak suaminya dari isteri yang tidak boleh hamil.

2.5  KESAN NEGATIF MEMBENARKAN PENGGUNAAN IBU TUMPANG DI DALAM ISLAM.
·         Menjatuhkan maruah dan  kemuliaan seseorang wanita kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai zina sedangkan memelihara syariat adalah tuntutan syarak.
·         Menjadi penyebab kepada perzinaan dan pergaulan bebas secara tidak langsung mengakibatkan runtuhnya akhlak di dalam kalangan masyarakat masa kini.
·         Menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab.

3.0   BAYI TABUNG UJI
Bayi tabung uji ialah bayi yang dilahirkan hasil daripada sperma  lelaki yang disenyawakan di dalam tabung uji  ataupun radas makmal yang kemudiannya benih daripada kedua-dua lelaki dan perempuan itu dimasukkan semula ke dalam Rahim perempuan.
Bahawa ketiadaan kesuburan atau mandul boleh dikira sebagai penyakit dan harus bagi suami atau isteri atau salah seorangnya mengubatinya sekalipun terpaksa didedahkan aurat lelaki atau aurat perempuan tetapi tidak sayugia didedahkan aurat melainkan sekadar yang diperlukan (darurat) sekiranya dilakukan mengikut tertib berikut:-
       I.            Tidak didedahkan aurat lelaki melainkan kepada tabib  lelaki yang muslim, jika tidak ada yang muslim barulah berpindah kepada yang bukan muslim.
    II.            Tidak didedahkan aurat perempuan melainkan kepada tabib perempuan  yang muslimah, jika tidak ada maka tabib perempuan yang bukan muslimah, jika tidak ada maka tabib lelaki yang muslim, jika tidak ada maka tabib lelaki yang bukan muslim yang dipercayai dengan kehadiran suaminya jika ia perempuan atau seorang perempuan lain.

3.1   KAEDAH PENGAMBILAN SPERMA
         I.            Cas elektrik dikenakan kepada zakar untuk memaksa pancutan air  mani (electro-ejaculation).
      II.             Melalui onani- mengeluarkan air  mani dengan tangan (masturbation).

3.2   HUKUM BAYI TABUNG UJI
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan bayi tabung uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
         I.            Bayi Tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adala sah disisi islam. Sebaliknya  benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung itu tidak sah.
      II.            Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.
   III.             Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

3.3   BANK MANI/SPERMA
   Diharamkan kerana :
         I.            Menjadi penyebab kepada perzinaan secara tidak langsung.
      II.             Pencampuran keturunan yang berlawanan dengan tujuan nikah yang disyariatkan bagi menentukan nasab atau keturunan yang menjadi asas kepada penyusunan masyarakat yang kukuh dan bermaruah.


 4.0  PENUTUP
Berdasarkan pencarian bahan-bahan dan perbincangan yang telah dilaksanakan sebelum ini dan dibincangkan dalam kerja kursus ini dapat disimpulkan bahawa Allah S.W.T tidak melarang kita untuk mengaplikasikan pelbagai teknologi yang ada pada era moden ini, tetapi ianya perlulah berbalik kepada dasar-dasar dan lunas syariat. Ada pun untuk menetapkan sesuatu hukum itu perlulah berbalik kepada khawaid fiqhiyyah (kaedah fekah). Dalam beberapa keadaan, Islam mengharuskan dalam perlaksanaan sesuatu perkara asalkan ianya menepati syariat agar sesuatu perkara yang dilakukan itu tidak menimbulkan mudarat pada diri kita daa orang lain. Bagi pasangan yang menginginkan anak, perlulah diingatkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Allah S.W.T menetapkan sesuatu itu adalah untuk kebaikan kita bersama.
Pengajaran Daripada Ayat Al-Quran:
“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”
                                                                                         (Ar-Ra’ad: 8)
 “Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan, dari air mani, apabila dipancarkan.”
                                                                                    (An-Najm: 45-46)
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
                                                                                           (Ali Imran: 6)
“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu ( berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah? Yang telah menciptakan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.”
                                                              (Al-Infithar: 6-8)
5.0  RUJUKAN

 

Amirullah, P.D. (1981). Tafsir Al-Azhar. Surabaya: Yayasan Latimojong.
Mukmir, A. J. (2001). Keajaiban Organ Tubuh Manusia Menurut Perspektif Islam Dan Sains. Kuala Lumpur: Al-Hidayah.





KUMPULAN QASIDAH DI PULAU PINANG

Mungkin ada yang tercari-cari untuk jemput kumpulan qasidah yang boleh hadir untuk majlis kenduri, majlis maulud, majlis keagamaan dan sebagainya di sekitar pulau pinang.


Di sekitar Pulau Pinang sebenarnya banyak kumpulan qasidah yang telah wujud namun, untuk mencari yang betul-betul mahir memang agak sukar. Bagi setiap penganjur, pastinya mereka ingin melihat persembahan yang begitu memukau untuk majlis yang mereka adakan. Pastinya penganjur akan tercari-cari mana satu kumpulan yang sesuai untuk majlis yang dianjurkan.

Di samping persembahan yang memukau, aspek bayaran juga menjadi permasalahan untuk menjemput kumpulan qasidah. Ada di antara kumpulan-kumpulan qasidah yang begitu “demand” dari sudut bayaran.

Sepanjang menganjurkan program qasidah, saya begitu kenal dengan prestasi dan kebolehan kumpulan qasidah yang pernah saya jemput sebelum ini.

Bagi sesiapa yang mencari kumpulan qasidah di sekitar Pulau Pinang. Ada banyak pilihan untuk anda memilih kumpulan penghibur yang sesuai. Antara kumpulan yang ada di sekitar Pulau Pinang , antaranya, kumpulan Qasidah al-yamani dari kampung pelet/ kumpulan qasidah al-Qarni dari SMADMW1 kelapa Batas/ kumpulan Qasidah Ar-Rayyan/ Kumpulan Qasidah an-nahwand dan sebagainya.


Bagi sesiapa yang mencari kumpulan qasidah untuk jemputan majlis, bolehlah hubungi :018-4605347 (aiman ahmad ; whatsapp) saya sendiri akan bantu anda untuk berhubung dengan mana-mana kumpulan qasidah yang sesuai untuk majlis anda.

~pemburu cinta ilahi~
Share Your Love